Air tulang sumsum

50 views
0

benarkah jika air tulang belakang jika diambil boleh mnyebabkan seseorang itu lumpuh?

Answered question
0

Terima kasih bertanyakan soalan ini. Pengambilan air tulang belakang secara teori dan juga secara praktikal tidak akan menyebabkan kelumpuhan. Masyarakat kita risau berkenaan prosedur ini kerana di kawasan tulang belakang mempunyai saraf tunjang yang berfungsi untuk mengawal pergerakan kaki, tangan dan juga menghantar maklumat untuk deria rasa.

Tetapi perlu diketahui bahawa Saraf tunjang akan berakhir pada tulang belakang Lumbar no 1. Sedangkan prosedur pengambilan air tulang belakang pula dibuat pada tulang Lumbar no 5 iaitu lebih bawah lagi dimana kawasan situ tidak mempunyai saraf tunjang. Kawasan tersebut hanya mengandungi air tulang belakang yang dikenali sebagai ‘cerebrospinal fluid’ dan juga rantaian saraf yang tergantung seperti tali. Tiada lagi kes orang lumpuh disebabkan pengambilan air tulang belakang.

Kenapa Lumpuh?

Yang menyebabkan kelumpuhan itu sendiri adalah penyakit yang dihadapi oleh pesakit.

Pengambilan air tulang belakang selalu dilakukan jika seseorang pesakit itu disyaki mengalami jangkitan selaput otak(Meningitis). dan Meningitis itu sendiri yang boleh menyebabkan kelumpuhan kerana ia boleh mengganggu bahagian otak yang berfungsi untuk menggerakkan badan.

Untuk pembacaan yang lebih menarik boleh tekan link ini.

Answered question