Anxiety attack?

70 views
0

Assalamualaikum , Saya Ingin Bertanya Berkenaan Masalah Sy , Umur 27 Tahun , Jarang Tidur Malam Selama 4 Tahun , Ada 1 Malam , Sy Minum Nescafe Secawan , Selepas Nescafe , Sy Minum Tea O Secawan , Selang 1 Jam , Sy Nak Tidur , Tapi Tak Boleh Tidur Sebab Urat Kt Kepala Rasa Panas , Dn Kepala Rasa Berdenyut , Sy Ingatkan Sebab Mengantuk Biasa , Jadi Sy Cuba Lelap Tapi Masih Tak Boleh Sebab Urat Kt Kepala Rasa Nk Meletup , Tiba2 Fikir Mcm Nak Pecah Urat Kepala Tu Dn Fikir Pasal Mati Sampai Sy Sesak Nafas Dn Tangan Menjadi Kebas Sehingga Sy Suka Tenangkan Diri ,Selepas Itu Sy Rujuk Ke Hospital Selang Dari 20Minit Kejadian .. Sampai Di Hospital , Darah Sy Dicheck Oleh MA , Tapi MA Kata Darah Sy Normal . Jumpa Doctor , Doctor Minta Sy Ceritakan Bagaimana Kejadian . Sy Pun Cerita , Dia Syak Sy Kena Anxiety Attack .. Yg Menjadi Isu Sy Skrg . Perut Saya Daripada Mula Kejadian Sehingga Skrg Dari Bulan 6 – 10 Masih Lagi Tidak Baik . Cuma Berkurang .. Soalan Sy . Adakah Anxiety Sy Berpunca Daripada Perut , Ataupun Sy Adalah Masalah Perut ? .. Sbb Perut Sy Kerap Berbunyi Waktu Lepas Makan . Skrg Sy Control Makan Tak Terlalu Kenyang Dan Minum Selepas 25-30Minit Makan .

Terima Kasih ..

Answered question
0

Waalaikumsalam.

Betul Tuan. Masalah perut betul boleh menyebabkan masalah seperti anxiety attack berlaku. Masalah perut yang selalu menyebabkan perkara ini berlaku adalah GERD (Asid Refluks). Ini berlaku disebabkan otot yang mengawal makanan daripada naik semula ke saluran esofagus mempunyai masalah. Jadi makanan daripada perut akan tertolak naik ke atas menyebabkan seseorang itu akan menjadi sesak nafas. Ia selalunya berlaku ketika seseorang itu baring kerana kandungan perut akan dapat naik ke atas mengikut graviti.

Pesakit yang mengalami yang sedang di serang dengan masalah anxiety attack bernafas dengan lajunya seolah-olah dia tidak cukup oksigen. Tetapi sebenarnya masalah GERD dia yang menyebabkan dia merasa sesak nafas. Disebabkan pernafasan mereka yang mengalami anxiety attack ini terlampau laju, Karbon dioksida akan dilepaskan dengan lebih banyak dan oksigen akan lebih banyak dalam badan menyebabkan darah menjadi lebih beralkali. Ini akan menyebabkan kesan lain seperti tangan menjadi kebas, bibir pun boleh menjadi kebas. Jika teruk, otot dibahagian tangan dan jari akan kejang seperti kena ‘cramp’.

Rawatan yang selalu diberikan jika seseorang itu mengalami GERD adalah syr MMT(magnesium tricylicate) Fungsinya untuk meneutralkan asid dalam perut dan juga dibahagian usus ketika serangan anxiety. Pesakit juga akan disuruh bernafas seperti biasa supaya kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan menjadi normal semula. Ada juga doktor yang akan berikan bag plastik untuk pesakit bernafas dalam beg tersebut supaya kandungan karbon dioksida yang dikeluarkan dapat disedut semula.

Posted new comment
mkibo

Terima Kasih Dr .. Patutlah .. Anxiety Sy Dah Pulih 100% Sebab Dh 1 Bulan Lebih Tiada Serangan Berlaku . Adakah Acid Reflux Didalam Perut Sy Makin Berkurangan ? .. Dan Skrg Sy Cuma Mengalami Perut Pedih Je .. Doctor Beritahu Hanya Tinggal Gastrik Dan Hanya Baki2 Stress Yg Tinggal Sbb Sy Dh Amalkan Gaya Hidup Sihat .. Bangun Pagi Joging .. Riadah .. Cuma Skrg Ni , Sy Ada Masalah Perut Pedih , Dan Masalah Kerap Penat Dan Cepat Mengantuk Sbab Skrg Tidur Dh Kembali Normal Pada Waktu Malam Sbb Sblm Ni Sy Tidak Tidur Malam Sperti Sy Terangkan Sblm Ini .. Adakah Normal Untuk Sy Cepat Penat Dn Mengantuk? ..