kencing berdarah

40 views
0

kencing saya mempunyai seperti ketulan kecil darah. apakah yg mungkin menjadi penyebabnya?

Answered question
0

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan air kencing Encik berdarah. Terutamanya pendarahan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Ia adalah:

  • Trauma secara mekanikal(melakukan onani)
  • Kencing kotor(jangkitan kuman pada tempat buang air kecil)
  • Batu karang
  • Kanser pada saluran air kencing

Jika Encik mengalami sakit batu karang selalunya pesakit akan mengadu sakit yang terlampau terutamanya dibahagian belakang ataupun sakit ketika ingin membuang air kencing. Terkadang ada juga serpihan batu kecil yang dirasai keluar ketika seseorang itu membuang air kencing.

Bagi pesakit kanser pundi kencing pula, pesakit akan mengalami pendarahan ketika membuang air kencing tanpa merasakan apa-apa kesakitan pun. Cumanya akan rasa tak selesa ketika buang air kecil kerang darah tersebut membeku di dalam pundi kencing.

Saya nasihatkan untuk membuat pemeriksaan lanjutan di klinik untuk memeriksa masalah yang tuan hadapi

Answered question
You are viewing 1 out of 1 answers, click here to view all answers.