Kencing kotor

Solved31 views
0

Saya nk tnya,adakah kencing kotor yg kerap akan menyebabkam buah pinggang kita akan mengalami masalah?saya boleh dikatakan kerap mengalami masalah ini sejak tahun 2017 lagi..dah bnyk g klinik swasta.doc bg antibitiok & ural.& yg terbaru kena saya jadi sakit sangat2 masa nk kencing & air kencing kuar sedikit sahaja…sya pernah mendapatkan rawatan utk mslh nie sehingga doc buat ultrasound & mendapati buah pinggang saya bengkak.tetapi apabila dirujuk ke doc pakar & buat CTu masalah buah pinggang telah tiada.saya nk bertnya adalah masalah nie mungkin berulang2.adakah akan memberi kesan kepada buah pinggang saya.apa yang saya perlu lakukan skrg?

Question is closed for new answers.
Selected answer as best
0

Assalamualaikum wbt.

Untuk masalah kencing kotor yang kerap, memang sepatutnya CTU dibuat untuk mengesan masalah pada bahagian tempat buang air kencing. Selalunya juga doktor akan melakukan kultur air kencing dimana air kencing akan diambil dan kuman daripada air kencing tersebut akan dibiakkan untuk mengetahui jenis kuman yang ada. Ujian untuk melihat keberkesanan antibiotik juga akan dibuat untuk melihat antibiotik mana yang sesuai untuk rawatan kencing kotor tersebut.

1. Adakah kencing kotor boleh berlaku semula?

Kencing kotor memang lebih mudah berlaku pada kaum wanita kerana saluran air kencingnya yang pendek memudahkan kuman daripada bahagian luar masuk ke dalam saluran tersebut.

2. Adakah kencing kotor boleh memberi kesan kepada buah pinggang saya?

Jika Jangkitan tersebut hanya pada pundi kencing dan saluran air kencing bahagian bawah selalunya tidak akan memberi kesan kepada buah pinggang. Kecuali jangkitan kuman tersebut sudah naik ke bahagian buah pinggang. Pada ketika itu pesakit akan mengalami sakit belakang yang teruk dan demam yang tinggi.

3. Apa yang perlu saya buat?

Terdapat beberapa cara yang puan boleh buat untuk mengelakkan masalah kencing kotor. Puan boleh rujuk cara-caranya di sini.

Selected answer as best