Pembedahan tiroid

70 views
0

Saya Puan Roziah telah menghidap tiroid lebih kurang sepuluh tahun lebih dan awal thn ni saya kerap susah nak bernafas serta sukar menelan. Saya sudah buat ujian tisu juga ultrasound yg mana ukuran tiroid sebelah kanan sebesar 6cmX5cm dan terdapat ketulan kecil sebelan kiri yg paling besar baru 5mm. Saya akan menjalani pembedahan membuang tiroid pada 19/11/2018 ni di Hospital Besar Melaka. Apa yg menjadi kerisauan saya adalah saya pengidap kencing manis yg bacaan antara 6.9-8.9mmol (sebelum penurunan bacaan 13mmol), darah tinggi , gastrik , talasemia (carry) , uncontrolled asma dan OSA (pernah pakai CPAP selama 6 bulan dan hentikan atas kehendak diri sendiri). Apa risiko akan saya hadapi semasa dan selepas pembedahan tiriod …mohon penjelasan.

Terima kasih.

Answered question
0

Assalamualaikum Puan Roziah. Saya rasa apa yang puan hadapi ini adalah masalah Goiter dimana pembesaran tiroid tersebut telah terlalu besar hingga menyebabkan puan mengalami masalah untuk bernafas dan juga menelan. Ini juga menyebabkan puan lebih mudah untuk mengalami OSA yang boleh membawa kepada masalah lain seperti darah tinggi. Puan kena tahu OSA itu sendiri boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, Strok dan juga serangan sakit jantung.

Risiko untuk pembedahan tiroid adalah sama seperti pembadahan yang lain iaitu:

  • Boleh berlaku pendarahan ketika pembedahan dibuat
  • Jangkitan kuman boleh berlaku pada tempat luka selepas daripada pembedahan

Tetapi risiko ini rendah dan doktor selalunya sudah bersedia jika komplikasi ini berlaku.

Walaubagaimanapun terdapat satu lagi komplikasi yang boleh berlaku iaitu suara puan boleh menjadi serak. Ini kerana terdapat satu saraf di kawasan tiroid yang mengawal peti suara. Jika ia tercedera ia boleh menyebabkan suara Puan menjadi serak. Walaubagaimanapun peratusan untuk berlaku masih rendah.

Jika puan masih risau, puan boleh bertanyakan kepada Doktor bedah ketika berjumpa dengan mereka

Sekian

Edited answer