PIL ATAU SUNTIK PERANCANG MANA LEBIH BAIK?

67 views
0

Berat masa Mengandung 91kg. Bersalin secara cease pada 6/2017. Selepas 2 bulan pantang berat turun 77kg iaitu sama berat sebelom mengandung. Bulan 9 disaran oleh nurse dan doktor ambil suntik berbanding pil , sbb pil perlu disiplin masa. Sejak dari tu, setiap 3bulan utk suntik seterusnya, berat mendadak naik. Last suntik 6/10/2018 berat 89kg. Sepanjang ambil suntik ,period tak pernah ada. Persoalan saya, apa perubahan jika sy ambil pil. Dan adakah mitos yg suntik bukan penyebab hormon tak stabil. Tq.

Answered question
0

Pil Perancang Keluarga atau Ubat Cucuk

Pilihan kaedah perancang keluarga sangat bergantung dengan kesesuaian seseorang. Ada sesetengah orang tidak mahu cucuk kerana ada kesan sampingan, tetapi apabila makan ubat perancang keluarga, langsung tiada kesan sampingan. Manakala, ada pula orang lain yang berlaku sebaliknya.

Persamaan dan perbezaan antara pil perancang dengan ubat cucuk.

Kedua-dua cara ini menggunakan kaedah perancang keluarga melalui penggunaan hormon. Ini bermaksud ia berfungsi dengan cara mengubah tahap hormon dalam badan yang akan mengelakkan seseorang itu daripada hamil. Hormon tersebut akan mengelakkan daripada perlepasan ovum(proses ovulasi) berlaku.

Pil perancang terbahagi kepada dua jenis iaitu yang mempunyai kombonasi hormon estrogen dan progestin ataupun yang hanya mengandungi hormon progestin sahaja.

Selalunnya kedua-dua kenis tablet ini mengandungi 28 pil dan anda perlu mengambilnya setiap hari. Pil yang mempunyai kombinasi 2 jenis hormon tersebut selalunya akan mempunyai 7 pil yang terakhir tidak mempunyai hormon. Dan ketika anda mengambil pil yang terakhir tersebut, haid anda akan datang. Pil ini juga akan menyebabkan pangkal rahim dan rahim itu sendiri sendiri tidak sesuai untuk menyebabkan kehamilan.

Ubat cucuk pula hanya mengandungi hormon progestin sahaja. Ia boleh mengelakkan seseorang wanita itu hamil selama 3 bulan sahaja. Lepas daripada 3 bulan, wanita tersebut perlu mendapatkan suntikan yang baru.

Adakah Pil perancangan dan ubat cucuk menyebabkan kenaikan berat badan?

Ya, ia boleh menyebabkan berat badan naik sama ada anda mengambil pil atau ubat cucuk.

Adakah Ubat Suntik menyebabkan hormon tak stabil?

Tidak kira sama ada ubat suntik ataupun pil perancangan, kedua-duanya akan menyebabkan perubahan hormon dalam badan. Ini kerana kandungan di dalam kedua-dua ubat tersebut adalah hormon

Answered question
You are viewing 1 out of 1 answers, click here to view all answers.