Radang Usus kepada Kanser usus

60 views
0

Assalamualaikum.

Tumpang bertanya. Saya pernah ditahan di wad kerana keracunan makanan. Bila doktor lakukan pemeriksaan, ternyata saya didapati mempunyai radang usus kerana kuman + makanan pedas. Ini terjadi pada october 2017.

Selepas keluar dari hospital, saya tak pernah lagi dtg utk pemeriksaan susulan kerana sebelum ini saya menggunakan medical card office, tp saya telah berhenti kerja selepas itu.

Soalan saya :

1. Adakah kemungkinan untuk radang usus saya bertukar menjadi kanser usus?

2. Bolehkah saya pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkn rawatan susulan wapaupun tiada sakit perut kronik? Selalunya bila bangun tido perut saya akan sakit memulas2 tapi bukan untuk ke tandas.

Terima kasih.

Unselected an answer
0

Waalaikumsalam Puan.

Daripada apa yang puan cakapkan saya rasa kemungkinan puan mengalami apa yang dipanggil sebagai Acute Gasteroentritis. Ia selalunya disebabkan jangkitan virus dibahagian saluran pencernaan. Pesakit selalunya akan mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah. Ia juga boleh disebabkan jangkitan bakteria dan pesakit selalunya akan mengalami simptom yang lebih teruk.

Berkenaan dengan soalan puan?

1. Adakah keradangan usus boleh bertukar menjadi kanser?

Jawapannya bergantung kepada diagnosis doktor yang mengatakannya. Jika ia disebabkan Acute Gastroentritis, selalunya ia tidak menyebabkan kanser dalam usus.

Jika doktor tersebut mengatakan puan mengalami Iflammatory bowel disease(IBD), ia akan meningkatkan risiko untuk seseorang itu mengalami kanser usus. Tetapi selalunya diagnosis ini dibuat jika seseorang itu telah menjalani satu prosedur iaitu endoscopy dimana kamera dimasukkan ke dalam usus untuk melihat keadaan usus. Sedikit sampel pada dinding usus akan diambil untuk diperiksa bagi melihat sama ada mengalami IBD ataupun tidak. Tetapi pesakit yang mengalami masalah ini selalunya akan mengalami cirit birit dan sakit perut yang kerap.

2. Bolehkah pergi ke hospital kerajaan untuk mendapat rawatan susulan?

Saya nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor yang merawat sebelum ini. Jika dia merasa perlunya mendapat rawatan susulan, minta daripadanya untuk dirujuk kepada hospital kerajaan. Jika tidak dapat surat rujukan daripada doktor sebelum ini, puan boleh pergi mana-mana klinik kerajaan untuk bertanyakan masalah yang puan hadapi dan juga untuk mendapat pemeriksaan.

Edited answer
You are viewing 1 out of 1 answers, click here to view all answers.