Sakit di bahagian belakang kepala

87 views
0

Semasa di tingkatan 2 saya pernah terjatuh ke belakang dan kepala belakang saya terjatuh pada lantai mosaic.

Dalam seminggu ada rasa sakit pada bahagian yang jatuh selepas itu rasa sakit itu hilang.

Pada tahun ini semasa saya berusia 21 tahun sakit pada bahagian tersebut datang kembali dalam waktu seminggu. Ia berlaku pada bulan puasa. Ada rasa tegang pada tengkuk dan sakit pada kepala. Selepas itu rasa sakit itu hilang.

Saya seorang yang memakai cermin mata mempunyai rabun jauh & juga silau.

Saya juga menghidapi penyakit gastric & pernah juga migrain.

Saya tidak pernah berjumpa doktor untuk bertanyakan permasalahan ini.

Adakah sakit pada bahagian belakang kepala itu disebabkan insiden terjatuh itu atau ia berpunca dari sakit lain?

Harap pihak anda menjawab persoalan saya ini.

Terima kasih

Answered question
0

Sakit yang berlaku sekarang bukanlah disebabkan insiden jatuh waktu ketika Cik berusia 14 tahun. Ini kerana sakit kepala yang disebabkan trauma selalunya berlaku pada ketika itu. Jika ia bengkak ia akan bengkak ketika itu dan selepas dia sembuh ia akan sembuh sepenuhnya. Jika ia melibatkan pendarahan di otak, selalunya pesakit akan mempunyai simptom muntah-muntah, pengsan, sawan dalam waktu 48 jam selepas trauma pada bahagian kepala berlaku.

Jika ia berlaku selepas beberapa tahun, ia bukan disebabkan kecederaan pada bahagian kepala tersebut.

Cik punya sakit kepala boleh disebabkan ‘Tension type headaches’. Sakit tersebut selalunya berlaku pada bahagian dahi. Tetapi ia juga boleh sakit dibahagian belakang kepala dan juga leher. Ada beberapa perkara yang menyebabkan sakit kepala jenis ini berlaku iaitu:

  • Keletihan
  • Kurang tidur
  • Selesema
  • Stress
  • Postur badan yang tidak betul

Selalunya sakit kepala jenis ini akan datang dan pergi dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa rawatan yang spesifik. Lebih kepada rawatan ubat tahan sakit sahaja. Tetapi jika sakit kepala tersebut berterusan, Cik perlulah mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor.

Untuk pembacaan berkenaan jenis sakit kepala boleh rujuk link ini: https://ediagnosa.com/sakit-kepala-punca-jenis-dan-rawatan/

Answered question