Thyroid atau kenser yang berkaitan leher

81 views
0

Assalammualaikum dan salam sejahtera .. 1stly sy rasa seperti ada benda terlekat di  tekak..dan sgt tak selesa sejak awal tahun 2018..sy ada jmpa doc di klinik biasa ckp mybe tonsil tp sket ja.. Kemudian rasa makin teruk tak selesa sy jumpa pakar di kmc bulan mei, doc just ckp mybe sy ada gerd n angin menyebabkan sy rasa terlekat.. Sy just diberi ubat angin.. Kebetulan bulan 7 saya gugur kandungan baru 2bln..lps gugur sy rasa bnyk perubahan dr segi kesihatan sy.. Leher rasa semakin sakit seperti ada sesuatu di dalamnya.. Susah nk menelan air liur, berat badan susut hilang 10kg slps gugur.. Kadang2 pening seperti hilang keseimbangan.. Sakit di leher hingga ke telinga dan mulut.. Lengguh di rahang gigi.cpt sgt letih kalau bt kerja berbanding sebelum ini.. sy juga ada simptom anxiety sehingga pernah diberi suntikan tp skrg cuba utk control sendiri. Cepat stress dan nk marah. Sy ingat simptom tonsil dan gastric.. Jadi pergi checked di hosp daerah bulan 9..doc ckp tiada tonsil.. Thyroid pn ‘mybe’ bukan sbb tiada bengkak di bahagian leher, tapi doc ckp ‘mybe’ jgk tyroid yg tiada bengkak.. Doc ambil ujian utk thyroid dan result akan dpt 7.11.18 nnt.  Cuma sy keliru apa yang sy sakit sekarang . Emosi sy semakin terganggu fikirkannya dan leher sy semakin sakit.. Mlm2 terjaga kerana susah menelan air liur dan nk bernafas.. Sy seorang cikgu jd bila terlebih bercakap leher akn jd tegang sakit dan suara seperti bergema.. Selalu rasa sejuk seperti nk demam tp sekejap shj.. Boleh tolong rungkaikan persoalan sy? Sy sangat keliru.. Takut akan hakikat sebenar ttg sakit saya.. Adakah ianya sesuatu yang bahaya.. Anak2 sy maaih kecil.. Bila fikirkan sy jd stress kdg2..

Terima kasih kerana sudi adakan page seperti ini… Dan maaf jika ianya terlalu panjang…

Edited answer
0

Saya simpulkan sedikit sebanyak tentang simptom puan

  • Susah untuk menelan
  • Sakit tekak
  • Hilang berat badan sebanyak 10kg
  • Sakit di bahagian leher
  • Cepat stress dan mudah marah

Jika lihat kepada simptom ini ia boleh merujuk kepada beberapa masalah iaitu

  • Hipertiroid – Pesakit selalunya akan mengadu hilang berat badan dengan drastik walaupun makan dengan banyak, mudah marah, Jantung berdebar, tidak tahan panas dan beberapa lagi simptom yang lain
  • Goiter – Selalunya akan mempunyai bengkak di leher. Bengkak tersebut boleh menyempitkan saluran permakanan menyebabkan seseorang itu susah nak bernafas ataupun susah nak menelan
  • Kanser secara am –  Apa-apa kanser boleh menyebabkan kurang berat badan

Untuk mengetahui seseorang itu mempunyai masalah hipertiroid ataupun tidak, Ujian hormon thyroid perlu dibuat seperti mana yang puan sedang buat.

Apa-apa pun ini adalah kemungkinan sahaja. Puan perlulah meneruskan temujanji dengan doktor untuk mengetahui masalah sebenar puan.

Harap penjelasan ini membantu.

Edited answer