Tiroid -Hyperthyroid -grave disease

64 views
0

Assalammualaikum dr, sy azila. Saya menghadapi tiroid sejak setahun lepas.tiroid sy jenis hyperthyroid -grave disease.Sekarang dh jd hypo dan dos ubat Carbimazole sy makan sebiji, proppanolol setengah biji setelah sy berjumpa dgn prof rohaizak.sebelum ini dos Carbimazole dua biji sy makan dan proppanolol still stengah biji. Dalam seminggu ini sy kerap muntah, apabila makan je mesti sy akan muntahkan balik apa yg sy makan tu.Saya rasa tak selesa pada tekak dan mcm muntah tu tak hbs keluar.Mata pon pedih dan kdg² jd double version.sy mmg rabun.  Saya juga menghidapi spinal bifida jenis occulta dan gastrik.tentang gastrik sy tiada rasa sakit di bahagian perut mahupun pedih ulu hati, sy jugak tidak sendawa yg kerap melainkan lepas mkn shj. Sebelum ni sy dh buat ultrasound dan doktor mengatakan tiroid sudah besar sedikit berbanding sebelumnya.

Asked question